Wednesday, 3 October 2012
KISAH BURUNG DAN NABI IBRAHIM A.S.
Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh kaumnya, seekor burung kecil berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang kali, sedangkan api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."
Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Benar. Memang ia tidak akan memadamkan api itu. Tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah pasti akan menyoal ku nanti, apakah yang telah aku lakukan untuk agama Allah? Dan sesungguhnya Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment