Menyebut perihal Melayu aku juga berdarah Melayu, dan aku
juga dididik dengan khazanah Melayu yang begitu kaya seperti adat dan
tatasusila Melayu oleh arwah ayahku. Bermula cara makan mengikut adat Melayu,
pemakaian samping dengan baju Melayu, cara membuat tengkolok, menulis jawi dan
sebagainya. Tiap-tiap hari di rumahku ialah kelas pelajaran bagiku. Aku juga
bangga dengan Melayuku, tetapi Melayuku tidak pernah membuatku alpa bahawasanya
aku juga seorang Islam.
Islam inilah yang mencelikkan minda dan hatiku bahawa Melayu
ini akan hina tanpa Islam. Melayu ini akan hidup dalam jahiliyah tanpa Islam
sama seperti masyarakat Arab sebelum Islam dahulu. Melayu bersatu, Islam
berdaulat? Ini tanggapan serong, tanpa Melayupun Islam tetap terpelihara sebab
itu merupakan janji Allah. Lalu dimanakah kekuatan Melayu dalam empayar
kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu?
Pada kerisnya-kah? Pada Hang Tuah-nya kak? Atau pada
sultan-nya kah? Jawabku, pada Islamnya-lah. Islam datang bukan sahaja membawa
persoalan ibadat khusus seperti solat dan puasa semata-mata, tetapi juga
membawa sebuah tamadun dan peradaban yang tinggi. Islam memperkenalkan sistem
tulisan jawi yang menjadi ciri-ciri penting ketamadunan Melayu, Islamlah yang
memperkenalkan prinsip ketaatan kepada pemerintah bukan ketaaatan membuta-tuli
kepada pemerintah. Islam jugalah yang telah merubah amalan-amalan songsang
masyarakat Melayu sehingga selari dengan landasan syarak. Kalau tidak, sehingga
hari ini, kita masih lagi akan melihat "orang kita" meminta izin
apabila melalui pokok-pokok besar, meminta izin dengan datuk-nenek untuk
membuang hajat di dalam hutan.
Akhirnya aku terfikir, aku masih mampu hidup andaikata roh
Melayu tercabut dari jasadku, tetapi aku tidak akan mampu hidup tanpa roh Islam
dalam jasadku. Aku bangga menjadi orang Melayu, namun begitu aku jauh lebih
bangga kerana aku dilahirkan sebagai seorang Islam.
tulisan dari Abdul Muqit
P/S : Post ini adalah tulisan dari Abdul Muqit yg mendalam maksudnya. Bukan hendak mempolitikkan agama tp niat tulus utk membuka hati semua utk meagamakan politik. Jangan kita angkuh dgn hukum Allah. Jgn igt org yg berada di atas adalah semuanya cerdik pandai. Waspadalah. Igtlah kita di akhir zaman, jgn sampai kita terpesong akidah dek kerana terlalu ikutkan pemimpin yg salah dan mahukan kemodenan. Moden bukan untuk kita lagi, pembangunan yang ada skrg tidak membawa apa apa makna kepada kita sama ada di dunia mahupun akhirat, bukalah hati, biarlah kita tidak hidup dalam kemodenan asalkan kita tidak lari daripada jalan yg benar. Dalam Al-Quran sudah tertulis perkara sebegini akan berlaku di mana pemimpin yg memimpin kita bukanlah mengikut kepimpinan Rasulullah dan hukum Allah. Ada yg tidak boleh terima hakikat bahawa pemimpin sekarang tidak layak kerana mereka menganggap pemimpin sebegitu byk berjasa pada mereka sdgnkan hari hari kita ditipu dgn kata kata manis mereka. Bukan hendak memfitnah tapi itulah hakikatnya yg berlaku skrg. Byklah mengkaji, membandingkan daripada mendengar/menonton. In Sha Allah kita tidak akan sesat dari jalan Allah.


No comments:
Post a Comment