Tuesday, 4 December 2012

Layu dalam Melayu





Menyebut perihal Melayu aku juga berdarah Melayu, dan aku juga dididik dengan khazanah Melayu yang begitu kaya seperti adat dan tatasusila Melayu oleh arwah ayahku. Bermula cara makan mengikut adat Melayu, pemakaian samping dengan baju Melayu, cara membuat tengkolok, menulis jawi dan sebagainya. Tiap-tiap hari di rumahku ialah kelas pelajaran bagiku. Aku juga bangga dengan Melayuku, tetapi Melayuku tidak pernah membuatku alpa bahawasanya aku juga seorang Islam.

Islam inilah yang mencelikkan minda dan hatiku bahawa Melayu ini akan hina tanpa Islam. Melayu ini akan hidup dalam jahiliyah tanpa Islam sama seperti masyarakat Arab sebelum Islam dahulu. Melayu bersatu, Islam berdaulat? Ini tanggapan serong, tanpa Melayupun Islam tetap terpelihara sebab itu merupakan janji Allah. Lalu dimanakah kekuatan Melayu dalam empayar kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu?





Pada kerisnya-kah? Pada Hang Tuah-nya kak? Atau pada sultan-nya kah? Jawabku, pada Islamnya-lah. Islam datang bukan sahaja membawa persoalan ibadat khusus seperti solat dan puasa semata-mata, tetapi juga membawa sebuah tamadun dan peradaban yang tinggi. Islam memperkenalkan sistem tulisan jawi yang menjadi ciri-ciri penting ketamadunan Melayu, Islamlah yang memperkenalkan prinsip ketaatan kepada pemerintah bukan ketaaatan membuta-tuli kepada pemerintah. Islam jugalah yang telah merubah amalan-amalan songsang masyarakat Melayu sehingga selari dengan landasan syarak. Kalau tidak, sehingga hari ini, kita masih lagi akan melihat "orang kita" meminta izin apabila melalui pokok-pokok besar, meminta izin dengan datuk-nenek untuk membuang hajat di dalam hutan.

Akhirnya aku terfikir, aku masih mampu hidup andaikata roh Melayu tercabut dari jasadku, tetapi aku tidak akan mampu hidup tanpa roh Islam dalam jasadku. Aku bangga menjadi orang Melayu, namun begitu aku jauh lebih bangga kerana aku dilahirkan sebagai seorang Islam.

 tulisan dari Abdul Muqit

P/S :  Post ini adalah tulisan dari Abdul Muqit yg mendalam maksudnya. Bukan hendak mempolitikkan agama tp niat tulus utk membuka hati semua utk meagamakan politik. Jangan kita angkuh dgn hukum Allah. Jgn igt org yg berada di atas adalah semuanya cerdik pandai. Waspadalah. Igtlah kita di akhir zaman, jgn sampai kita terpesong akidah dek kerana terlalu ikutkan pemimpin yg salah dan mahukan kemodenan. Moden bukan untuk kita lagi, pembangunan yang ada skrg tidak membawa apa apa makna kepada kita sama ada di dunia mahupun akhirat, bukalah hati, biarlah kita tidak hidup dalam kemodenan asalkan kita tidak lari daripada jalan yg benar. Dalam Al-Quran sudah tertulis perkara sebegini akan berlaku di mana pemimpin yg memimpin kita bukanlah mengikut kepimpinan Rasulullah dan hukum Allah. Ada yg tidak boleh terima hakikat bahawa pemimpin sekarang tidak layak kerana mereka menganggap pemimpin sebegitu byk berjasa pada mereka sdgnkan hari hari kita ditipu dgn kata kata manis mereka. Bukan hendak memfitnah tapi itulah hakikatnya yg berlaku skrg. Byklah mengkaji, membandingkan daripada mendengar/menonton.  In Sha Allah kita tidak akan sesat dari jalan Allah.





Thursday, 25 October 2012

Wednesday, 3 October 2012

Marvel and DC Superheroes

Heat press design. Superheroes Edition. Build your own design now !

KISAH BURUNG DAN NABI IBRAHIM A.S.





Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh kaumnya, seekor burung kecil berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang kali, sedangkan api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."

Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Benar. Memang ia tidak akan memadamkan api itu. Tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah pasti akan menyoal ku nanti, apakah yang telah aku lakukan untuk agama Allah? Dan sesungguhnya Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak."

Wednesday, 26 September 2012

Printing


Heat press and silk screen printing, in the process :)

Saturday, 22 September 2012

Bouncing Text Intro


 My latest video edited using Adobe After Effects CS6 and Sony Vegas Pro 9.